Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan....


:)....Malam tadi sudah diumumkan bahawa esok bermulanya ibadat puasa bagi rakan Islam.
Bulan puasa bagi saya (tetiba sopan bukan i lagi hehehe) selalunya akan membawa sesuatu yang bermakna walaupun sy bukan Islam dan tidak berpuasa. :)...Tetapi selalu nya saya pasti akan meluangkan masa dengan rakan2 yang beragama Islam semasa berbuka dan juga masa Sahur. Mungkin ramai yang tidak menyedari tetapi bagi saya pada bulan puasa ikatan yang ada dalam sesuatu hubungan pasti akan lebig rapat....Masa yang terluang bersama mereka yang disayangi dan dikasihi pasti akan menjadi lebih berkualiti...:)

Sebagai seorang yang bukan Islam, saya amat menghormati rakan2 Islam dalam menjalani ibadat puasa mereka bukan kerana berpuasa tetapi kekuatan dalam diri juga bersama2 menyokong sesama diri menjalankan ibadat puasa. Itu adalah pemerhatian saya sebagai seorang yang bukan Islam. Jika tersalah saya memohon maaf. :)

Kepada rakan2 yang beragama Islam saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....
Setiap perjuangan pasti akan mendapat hasil yang setimpal...:)

2 comments:

Khadijah said...

Terima kasih.
=)

Ray steve said...

sama2 cik tutor...:)

Post a Comment