Tuesday, August 11, 2009

Rasa Bersalah?


Pernahkah anda merasa bersalah atas apa yg berlaku pada diri sendiri dan juga org yg anda sygi? I bet semua pnh merasa sebegitu kan. Kadang kadang bagi org yg mempunyai hati dan perasaan pasti akan merasa bersalah jika something berlaku kpd org2 yg terdekat dan disygi kan. Namun jika diselidik sebenar2nya, ada event yg tidak berkaitan dgn kita tapi kenapa kita merasa bersalah atas apa yg berlaku? Then i tersedar itu adalah satu perasaan yg semulajadi jika kita benar2 ikhlas syg pada org itu. Sebagai contoh orang yg disygi itu jatuh sakit. Kita pasti akan berfikir sejenak kenapa la aku tak sedar dia sakit sebelum ini or kenapa la aku tak ambil langkah2 berjaga agar dia tidak sakit? Bagi org yg berlainan rasa bersalah akan muncul dlm pelbagai situasi. Ada yg sgt tampak dan ada juga yg mendiamkan diri namun pasti dlm hati akan merasa.

Kita sebagai umat manusia yg hanya menumpang sementara di dlm dunia ini tidak dapat mengawal takdir yang berlaku. Hakikat itu pasti akan diakui lebih lagi jikalau kita sentiasa menghadap pelbagai pilihan yg amat sukar dlm hidup. Apabila keputusan dan tingkah laku serta pertuturan kita itu melukakan dan menyukarkan org yg kita sygi maka timbullah rasa bersalah tersebut. Melihat org yg disygi itu dlm sakit, kecewa, tertekan, murung, dan juga sedih adalah sesuatu yg amat perit sekali. Kita pasti akan merenung sekejap adalah kerana aku dia begitu? Manusia yg mempunyai hati dan perasaan ( sekali lagi diulang hehhe ) akan merasa tempias kesakitan, kekecewaan, tekanan, kemurungan dan juga kesedihan yg dialamai oleh org yg kita syg.

Pada satu tahap kita tidak akan dpt melakukan apa2, kita hanya mampu memberi ruang dan masa utk dia "sembuh". Namun kita harus memberi sokongan yg tidak terhingga supaya semangat utk "sembuh" membakar jiwa dan bangkit. :)

Pedih perit sakit dan sesak nafas melihat org yg disygi terluka.....

~nukilan dikala tiada keje di office~
muahssss

0 comments:

Post a Comment