Friday, January 29, 2010

Demam GLEE!

GLEE adalah sebuah drama TV comedy yang telah menjadi suatu fenomena baru dalam dunia penyiaran. Tahun lepas Glee telah berjaya mencuri perhatian penonton di Amerika Syarikat. Kini saya pun tidak ketinggalan untuk menonton rancangan tersebut di Star World setiap hari Rabu 9pm.

Walaupun sebenarnya saya telah pun menonton keseluruhan Season 1 siri tersebut. heheheheeh....Tapi tak salah kan untuk melihat nya semula. Nama pun dah demam GLEE kan.

Apakah keistimewaan siri tersebut?
hmmmm....mungkin citarasa kita berbeza tetapi semua kita akan mempunyai impian untuk berjaya kan.
GLEE merupakan sebuah rancangan remaja yang sama tipikal plot nya namun begitu ia diserikan dengan format musical di mana GLEE adalah bermaksud show choir....hehehehe...Choir of coz la kan nyanyi2.
The songs? mmmmm GLEE menngemukakan lagu2 yang popular dalam pelbagai genre. Maka peminat muzik akan "jatuh cinta" dengan pilihan musical yang dipaparkan setiap episod.

Selain dari itu, terdapat juga watak2 yang menarik perhatian pelbagai lapisan penonton. Kepelbagaian watak yang dicipta oleh penulis skrip berjaya menarik ramai penonton di Amerika Syarikat. Asia juga tidak ketinggalan pada tahun ini untuk menyaksikan siri tersebut.

Isu2 yang dipaparkan juga merupakan isu2 yang biasa di dalam kehidupan masyarakat zaman sekarang. Isu yang mungkin bagi sesetengah orang, isu yang boring but hey tats reality. Nak isu camner lagi. Mungkin dalam siri ini terdapat scene2 yang akan "comic". well it is a comedy tv series kan...heheh

Saya berharap season 2 yang akan dipertontonkan pada penonton di Amerika Syarikat pada April 2010 nnt akan available di Malaysia pada masa yang sama....coz sy tak nak ketinggalan....

BTW peminat fanatik GLEE...DVD season 1 lengkap dan 2 cd soundtrack sudah berada di pasaran. ONLINE la tapi. hehehehe.....cuba2 la kalau rajin cari2 di kedai2 CD berdekatan anda di Malaysia...:)

singning out
RSA!

0 comments:

Post a Comment